Media & Events

20-24 Julai 2011: Program Gerak 2011

25 Jul 2011

PROGRAM GERAK 2011

 

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan GERAK 2011. Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.


Antara tujuan utama penganjuran program ini adalah sebagai platform kepada aktivis dan kumpulan kesenian pelbagai kaum untuk menonjol dan mempersembahkan kepelbagaian seni tari kepada masyarakat Lembah Klang khasnya dan sebagai usaha menyemarakkan Kuala Lumpur sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa.

 

 
Tarikh  :               20 - 24hb Julai 2011

Masa   :               8.30 – 10.30 malam
Tempat:               Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
                           Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

 

 

 

 

Bersama-sama ini disertakan Jadual Persembahan.

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program ini.



 PDF

Share this article
Follow